Piagam Pelanggan Koperasi merupakan
sesuatu yang dinamik dan akan turut berubah mengikut kesesuaian keadaan dan
berasaskan kepada perubahan masa dan sumber yang ada (teknologi, kewangan,
sistem dan prosedur). Dengan
andaian-andaian ini, pelaksanaan Piagam memerlukan kajian semula,
penelitian dan perancangan yang berterusan agar ianya tidak merupakan
janji-janji kosong koperasi kepada pelanggan khususnya ahli-ahli.
Memandangkan bahawa tuan punya
koperasi adalah ahli-ahlinya sendiri yang menguruskannya secara demokratik
adalah penting bagi setiap ahli sebagai pemilik koperasi melihat amanahnya
dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan ketulusan agar imej dan kredibiliti
koperasi yang dianggotainya terus terpelihara
Piagam Pelanggan Koperasi adalah
selaras dengan kehendak Undang-undang dan tuntutan nilai-nilai berkoperasi yang
telah diakui dan diterima oleh dunia koperasi sejagat seperti usulusul yang
dibentang didalam laporan kongres Ikatan
Koperasi Antarabangsa (ICA), Tokyo, Oktober 1992:-
(a) Mempercayai
hak asasi manusia dan mempunyai tanggungjawab di atas haluan
organisasi mereka dan menikmati
faedah-faedahnya mengikut nilai-nilai dan
prinsip-prinsip koperasi;
(b) Menyanjung
hak asasi manusia sebagai individu dan juga sebagai kumpulan;
(c) Mempunyai
komitmen untuk menghasilkan keluaran dan perkhidmatan yang
cemerlang;
(d) Menghayati pertumbuhan, perkembangan dan dinamisme dalam
berkoperasi;
(e) Mengiktiraf apa yang benar sebagai pedoman berkoperasi;
(f) Mewujudkan komunikasi yang terbuka dan ikhlas di antara Ahli
dan pengurusan
koperasi.
(g)
Keyakinan di atas budaya organisasi yang mempunyai semangat
pendekatan bersama serta semangat pemuafakatan dalam pengurusannya;
(h) Mempercayai dan menghayati pertanggungjawaban kemasyarakatan;
(i) Bahawa ahli-ahli merupakan komponen utama dalam berkoperasi.
No comments:
Post a Comment