Saturday, 21 April 2012

SEJARAH KOPERASI



Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad, adalah sebuah koperasi yang telah di ilhamkan penubuhannya oleh Tuan Hj Tahir Bin Aris pada November 2011. Hasil usaha beliau dan  penduduk kampung akhirnya koperasi ini berjaya ditubuhkan  dibawah Akta Koperasi 1993 dan telah diluluskan pada 19 Mac 2012.

Tujuan penubuhan Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad  adalah untuk dijadikan satu platform kepada penduduk kampung untuk terlibat sama didalam pembangunan projek Rapid Petronas di Pengerang yang diumumkan YAB Datuk Seri Najib (Perdana Menteri Malaysia) pada bulan Mei 2011 dan ini menglibatkan 37% dari Program Transfomasi Ekonomi Negara (ETP).

Program ini telah melibatkan kawasan tanah dan persekitaran penduduk Pengerang.
Kampung-kampung yang terlibat adalah seperti berikut:-

·                  Kampung Sungai Kapal
·                  Kampung Teluk Empang
·                  Kampung Langkah Baik
·                  Kampung Sebong
·                  Kampung Batu Mas
·                  Kampong Jawa
·                  Kampong Sungai Buntu
·                  Kampug Dato Ghani Othman (Penempatan semula)
·                  Kampung Punggai (Penempatan semula)
(Jumlah kampung yang terlibat adalah 10 melibatkan 1,000 buah rumah,927 buah keluarga dan kawasan seluas 9,500 ekar tanah kampung halaman)
               
 Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad  juga merupakan sebuah koperasi yang akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam mengendalikan projek dan segala urusniaganya yang terdiri sepenuhnya dari tenaga anak tempatan dari kawasan operasinya

Bagi meningkatkan kepuasan pelanggan, Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad membentuk kumpulan kerja yang berkemahiran dan berdedikasi tinggi untuk menjalankan projek dengan selamat berbekalkan kepakaran dan pengalaman di sektor awam dan swasta disamping kelengkapan dari aspek peralatan,perkakasan dan perisian yang berteknologi tinggi.

 Selain itu Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad  amat mengutamakan pembangunan ilmu dan sentiasa melakukan kajian penambahbaikan dalam pembangunan organisasi dan pelanggan.

PROFILE KOPERASI


WAWASAN, MISI DAN OBJEKTIF



AHLI LEMBAGA KOPERASI


LATAR BELAKANG PENGERUSI


AKTIVITI KOPERASI


(a)                Menjalankan aktiviti industri kampung dan pembuatan;
(b)                Menjalankan aktiviti kontraktor bekalan dan perkhidmatan;
(c)                 Menjalankan aktiviti tanaman dan ternakan;
(d)                Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;
(e)                Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa,  mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
(f)                   Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
(g)                Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya; dan
(h)                Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.

PIAGAM PELANGGAN



Piagam Pelanggan Koperasi merupakan sesuatu yang dinamik dan akan turut berubah mengikut kesesuaian keadaan dan berasaskan kepada perubahan masa dan sumber yang ada (teknologi, kewangan, sistem dan prosedur). Dengan  andaian-andaian ini, pelaksanaan Piagam memerlukan kajian semula, penelitian dan perancangan yang berterusan agar ianya tidak merupakan janji-janji kosong koperasi kepada pelanggan khususnya ahli-ahli.
Memandangkan bahawa tuan punya koperasi adalah ahli-ahlinya sendiri yang menguruskannya secara demokratik adalah penting bagi setiap ahli sebagai pemilik koperasi melihat amanahnya dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan ketulusan agar imej dan kredibiliti koperasi yang dianggotainya terus terpelihara


Piagam Pelanggan Koperasi adalah selaras dengan kehendak Undang-undang dan tuntutan nilai-nilai berkoperasi yang telah diakui dan diterima oleh dunia koperasi sejagat seperti usulusul yang dibentang didalam laporan kongres Ikatan  Koperasi Antarabangsa (ICA), Tokyo, Oktober 1992:-
(a)        Mempercayai hak asasi manusia dan mempunyai tanggungjawab di atas haluan
      organisasi mereka dan menikmati faedah-faedahnya mengikut nilai-nilai dan
      prinsip-prinsip koperasi;
(b)       Menyanjung hak asasi manusia sebagai individu dan juga sebagai kumpulan;
(c)        Mempunyai komitmen untuk menghasilkan keluaran dan perkhidmatan yang
cemerlang;
(d)       Menghayati pertumbuhan, perkembangan dan dinamisme dalam berkoperasi;
(e)       Mengiktiraf apa yang benar sebagai pedoman berkoperasi;
(f)        Mewujudkan komunikasi yang terbuka dan ikhlas di antara Ahli dan pengurusan
koperasi.
(g)       Keyakinan di atas  budaya organisasi yang mempunyai semangat pendekatan bersama serta semangat pemuafakatan dalam pengurusannya;
(h)       Mempercayai dan menghayati pertanggungjawaban kemasyarakatan;
(i)         Bahawa ahli-ahli merupakan komponen utama dalam berkoperasi.

UNIT SUMBER MANUSIA (USM)


Fungsi
1.       Pengambilan/Perlantikan
2.       Pengiklanan/Permohonan/Temuduga dan pengisian jawatan
3.       Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
4.       Pengendalian peperiksaan dalam perkhidmatan
5.       Pengesahan dalam jawatan
6.       Perakuan pemangkuan/tanggung kerja/naik pangkat
7.       Pencen/Perletakan Jawatan/Penamatan/Pertukaran
8.       Perkhidmatan Pengurusan Hal Ehwal Anugerah (APC/ABK)
9.       Tatatertib
10.   Pengisytiharan Harta Oleh Pegawai Awam
11.   Pergerakan Gaji
12.   Urusetia Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia
13.   Jawatankuasa Keutuhan Jawatankuasa Perjawatan
14.   Jawatankuasa Kenaikan Pangkat
15.   Jawatankuasa Latihan Search Committee
16.   Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
17.   Buku rekod perkhidmatan/Penyata perkhidmatan
18.   Gerakan gaji pegawai
19.   Penyusunan semula struktur organisasi/Perjawatan
20.   Latihan kemajuan staf/latihan dalam perkhidmatan

UNIT AUDIT DALAMAN (UAD)


UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT (UTM)


Fungsi
1. Khidmat Pelanggan
·                   Memberikan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang sebaik mungkin kepada warga dan
pelanggan yang menghadapi masalah yang berkaitan.
·                   Help Desk.
2. Pengurusan Fasiliti dan Operasi.
·                   Menyelenggara peralatan dan perisian ICT.
·                   Pengurusan sistem rangkaian komputer.(VPN, LAN, WAN)
·                   Menyelenggara rekod asset dan inventori peralatan ICT.
·                   Melaksanakan ‘Backup’ dan ’recovery’ pangkalan data.
·                   Mentadbir email KPKTB.
·                   Menjamin keselamatan ICT. (Firewall, Secpoint, Antivirus)
·                   Pengurusan pusat data. (data centre server room)
·                   Internet.
3. Perancangan dan Koordinasi
·                   Merancang bajet dan keperluan ICT KPKTB.
·                   & Merangka polisi keselamatan ICT.
·                   Mempiawaikan dokumentasi, data dan rekod, prosedur dan perkara-perkara lain yang
berkaitan dengan ICT.
·                   Perancangan strategik ICT (ISP).
·                   Pengurusan projek dan maklumat.
4. Pembangunan Aplikasi
·                   Menyelenggara sistem maklumat berkomputer KPKTB
·                   Membangun sistem baru mengikut keperluan KPKTB.
·                   Mengintegrasikan aplikasi komputer yang bersangkutan dengan maklumat pengurusan.
·                   Membangun dan menyelenggara portal KPKTB.
·                   Menyelaras pembangunan CD CBT (computer based training).
·                   Penyediaan suntingan video, pembentangan dan montaj.

UNIT KEWANGAN & AKAUN


Fungsi
1. Menyediakan dan Menguruskan Bajet
·                   Bajet Mengurus
·                   Bajet Pembangunan

2. Perolehan
·                   Pembelian Terus
·                   Sebut Harga

3. Membuat Pembayaran
·                   Emolumen Kakitangan KPKTB
·                   Invois Belian
·                   Panjar Wang Runcit (PWR) (peti tunai)

4. Penerimaan
·                   Hasil
·                   Simpanan Ahli
·                   Yuran Ahli
·                   Syer Ahli
·                   Terimaan Peruntukan
·                   Mengurus
·                   Pembangunan
·                   Amanah

5. Operasi Perakaunan
·                   Laporan Penyata Pendapatan & Perbelanjaan Bulanan
·                   Penyata Kewangan Tahunan
·                   Penyata Penyesuaian Bank
·                   Penyata Caruman

UNIT TADBIRAN AM (UTA)


FUNGSI
·                   Urusan surat-menyurat
·                   Urusan kemudahan pengangkutan
·                   Urusan penggunaan kad perakam waktu
·                   Urusan rekod cuti
·                   Pengurusan sistem fail KPKTB
·                   Keselamatan pejabat
·                   Pengurusan stor
·                   Pengurusan aset/harta
·                   Urusan majlis rasmi kementerian
·                   Urusan perkhidmatan kaunter dan khidmat pelanggan
·                   Urusan menyemak bil-bil bulanan KPKTB dan pengiraan kerja lebih masa

Memberi khidmat keurusetiaan kepada lembaga/jawatankuasa seperti:-
1.       Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
2.       Majlis Bersama Unit KPKTB
3.       Jawatankuasa Penyelaras Kualiti KPKTB
4.       Mesyuarat KPKTB

UNIT PERKHIDMATAN DOMESTIK (UPD)


FUNGSI
·                   Penyediaan khidmat sajian .
·                   Perkhidmatan Logistik / Penyediaan Bilik Mesyuarat dan .
·                   Perkhidmatan Housekeeping di bilik–bilik pejabat dan lain-lain.
·                   Membuat pesanan L.O untuk pembelian barang-barang alat tulis pejabat dan cucian.
·                   Membuat pendaftaran Ahli / seminar.
·                   Memanggil tender / sebutharga kerja-kerja pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan
yang melibatkan kontraktor / pembekal luar serta menyediakan perbandingan sebutharga untuk dibentang ke Mesyuarat Sebutharga untuk dibuat pemilihan.
·                   Memantau dan menyelia kerja–kerja pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan yang di
buat oleh kontraktor / pembekal luar dan membuat laporan untuk kerja–kerja terbabit.
·                   Membuat, merekod, menyimpan dan menyelenggara aset dan inventori yang
dipertanggungjawabkan di bawah Unit Perkhidmatan Domestik.

UNIT PERKHIDMATAN TEKNIKAL (UPT)


Visi
Menjadi unit perkhidmatan sokongan yang tersohor di KPKTB.
Misi
·                   Memastikan infrastruktur KPKTB ditahap yang terbaik dan selamat.
·                   Memastikan bangunan dan persekitaran tempat bekerja yang kondusif yang boleh menjana
kreativiti dan produktiviti warga KPKTB.
·                   Memastikan peralatan AVA sentiasa berkeadaan baik dan sedia untuk diguna.

Fungsi
·                   Menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan kecil di KPKTB yang meliputi kerja-
kerja elektronik, mekanikal dan elektrikal.
·                   Memanggil tender/ sebutharga kerja-kerja pembinaan, pembaikan dan penyenggaraan di
yang melibatkan kontraktor luar dan menyediakan perbandingan sebutharga untuk dibentang ke Mesyuarat Sebutharga untuk dibuat pemilihan.
·                   Menyelia kerja-kerja pembinaan, pembaikan dan penyenggaraan bangunan dan kawasan di
KPKTB yang dibuat oleh kontraktor luar dan menyediakan laporan untuk kerja-kerja terbabit. Kerja-kerja penyelenggaraan yang diselia ialah penyelenggaraan penghawa dingin, sistem pencegah kebakaran , ‘main-holes’, tangki septic, landskap dan sistem telefon.
·                   Memasang peralatan AVA di bilik-bilik syarahan seperti LCD projector, notebook, OHP,
television dsbnya.
·                   Membeli, merekod menyimpan dan menyenggara aset dan inventori yang
dipertanggungjawabkan di bawah UPT.
·                   Membuat penyeliaan kepada kontraktor mencuci bangunan, penyelanggaran kawasan dan
pengawal keselamatan.
·                   Menjalankan tugas-tugas rasmi yang berkaitan yang diarahkan dari semasa kesemasa.

AKUAN PENDAFTARAN


IKRAR