Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad, adalah sebuah koperasi yang telah di ilhamkan
penubuhannya oleh Tuan Hj Tahir Bin Aris pada November 2011. Hasil usaha beliau
dan penduduk kampung akhirnya koperasi
ini berjaya ditubuhkan dibawah Akta Koperasi
1993 dan telah diluluskan pada 19 Mac 2012.
Tujuan penubuhan Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad
adalah untuk dijadikan satu platform kepada
penduduk kampung untuk terlibat sama didalam pembangunan projek Rapid Petronas
di Pengerang yang diumumkan YAB Datuk Seri Najib (Perdana Menteri Malaysia)
pada bulan Mei 2011 dan ini menglibatkan 37% dari Program Transfomasi Ekonomi Negara
(ETP).
Program ini telah melibatkan kawasan tanah dan
persekitaran penduduk Pengerang.
Kampung-kampung yang terlibat adalah seperti berikut:-
·
Kampung Sungai
Kapal
·
Kampung Teluk
Empang
·
Kampung Langkah
Baik
·
Kampung Sebong
·
Kampung Batu Mas
·
Kampong Jawa
·
Kampong Sungai
Buntu
·
Kampug Dato Ghani Othman (Penempatan semula)
·
Kampung Punggai
(Penempatan semula)
(Jumlah
kampung yang terlibat adalah 10 melibatkan 1,000 buah rumah,927 buah keluarga
dan kawasan seluas 9,500 ekar tanah kampung halaman)
Koperasi
Pengerang Kota Tinggi Berhad juga merupakan sebuah koperasi yang akan memberikan
perkhidmatan yang terbaik dalam mengendalikan projek dan segala urusniaganya
yang terdiri sepenuhnya dari tenaga anak tempatan dari kawasan operasinya
Bagi meningkatkan kepuasan pelanggan, Koperasi
Pengerang Kota Tinggi Berhad membentuk kumpulan kerja yang berkemahiran
dan berdedikasi tinggi untuk menjalankan projek dengan selamat berbekalkan kepakaran
dan pengalaman di sektor awam dan swasta disamping kelengkapan dari aspek
peralatan,perkakasan dan perisian yang berteknologi tinggi.
Selain itu Koperasi
Pengerang Kota Tinggi Berhad amat
mengutamakan pembangunan ilmu dan sentiasa melakukan kajian penambahbaikan
dalam pembangunan organisasi dan pelanggan.