Saturday, 21 April 2012

SEJARAH KOPERASI



Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad, adalah sebuah koperasi yang telah di ilhamkan penubuhannya oleh Tuan Hj Tahir Bin Aris pada November 2011. Hasil usaha beliau dan  penduduk kampung akhirnya koperasi ini berjaya ditubuhkan  dibawah Akta Koperasi 1993 dan telah diluluskan pada 19 Mac 2012.

Tujuan penubuhan Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad  adalah untuk dijadikan satu platform kepada penduduk kampung untuk terlibat sama didalam pembangunan projek Rapid Petronas di Pengerang yang diumumkan YAB Datuk Seri Najib (Perdana Menteri Malaysia) pada bulan Mei 2011 dan ini menglibatkan 37% dari Program Transfomasi Ekonomi Negara (ETP).

Program ini telah melibatkan kawasan tanah dan persekitaran penduduk Pengerang.
Kampung-kampung yang terlibat adalah seperti berikut:-

·                  Kampung Sungai Kapal
·                  Kampung Teluk Empang
·                  Kampung Langkah Baik
·                  Kampung Sebong
·                  Kampung Batu Mas
·                  Kampong Jawa
·                  Kampong Sungai Buntu
·                  Kampug Dato Ghani Othman (Penempatan semula)
·                  Kampung Punggai (Penempatan semula)
(Jumlah kampung yang terlibat adalah 10 melibatkan 1,000 buah rumah,927 buah keluarga dan kawasan seluas 9,500 ekar tanah kampung halaman)
               
 Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad  juga merupakan sebuah koperasi yang akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam mengendalikan projek dan segala urusniaganya yang terdiri sepenuhnya dari tenaga anak tempatan dari kawasan operasinya

Bagi meningkatkan kepuasan pelanggan, Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad membentuk kumpulan kerja yang berkemahiran dan berdedikasi tinggi untuk menjalankan projek dengan selamat berbekalkan kepakaran dan pengalaman di sektor awam dan swasta disamping kelengkapan dari aspek peralatan,perkakasan dan perisian yang berteknologi tinggi.

 Selain itu Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad  amat mengutamakan pembangunan ilmu dan sentiasa melakukan kajian penambahbaikan dalam pembangunan organisasi dan pelanggan.

PROFILE KOPERASI


WAWASAN, MISI DAN OBJEKTIF



AHLI LEMBAGA KOPERASI


LATAR BELAKANG PENGERUSI


AKTIVITI KOPERASI


(a)                Menjalankan aktiviti industri kampung dan pembuatan;
(b)                Menjalankan aktiviti kontraktor bekalan dan perkhidmatan;
(c)                 Menjalankan aktiviti tanaman dan ternakan;
(d)                Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;
(e)                Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa,  mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
(f)                   Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
(g)                Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya; dan
(h)                Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.

PIAGAM PELANGGAN



Piagam Pelanggan Koperasi merupakan sesuatu yang dinamik dan akan turut berubah mengikut kesesuaian keadaan dan berasaskan kepada perubahan masa dan sumber yang ada (teknologi, kewangan, sistem dan prosedur). Dengan  andaian-andaian ini, pelaksanaan Piagam memerlukan kajian semula, penelitian dan perancangan yang berterusan agar ianya tidak merupakan janji-janji kosong koperasi kepada pelanggan khususnya ahli-ahli.
Memandangkan bahawa tuan punya koperasi adalah ahli-ahlinya sendiri yang menguruskannya secara demokratik adalah penting bagi setiap ahli sebagai pemilik koperasi melihat amanahnya dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan ketulusan agar imej dan kredibiliti koperasi yang dianggotainya terus terpelihara


Piagam Pelanggan Koperasi adalah selaras dengan kehendak Undang-undang dan tuntutan nilai-nilai berkoperasi yang telah diakui dan diterima oleh dunia koperasi sejagat seperti usulusul yang dibentang didalam laporan kongres Ikatan  Koperasi Antarabangsa (ICA), Tokyo, Oktober 1992:-
(a)        Mempercayai hak asasi manusia dan mempunyai tanggungjawab di atas haluan
      organisasi mereka dan menikmati faedah-faedahnya mengikut nilai-nilai dan
      prinsip-prinsip koperasi;
(b)       Menyanjung hak asasi manusia sebagai individu dan juga sebagai kumpulan;
(c)        Mempunyai komitmen untuk menghasilkan keluaran dan perkhidmatan yang
cemerlang;
(d)       Menghayati pertumbuhan, perkembangan dan dinamisme dalam berkoperasi;
(e)       Mengiktiraf apa yang benar sebagai pedoman berkoperasi;
(f)        Mewujudkan komunikasi yang terbuka dan ikhlas di antara Ahli dan pengurusan
koperasi.
(g)       Keyakinan di atas  budaya organisasi yang mempunyai semangat pendekatan bersama serta semangat pemuafakatan dalam pengurusannya;
(h)       Mempercayai dan menghayati pertanggungjawaban kemasyarakatan;
(i)         Bahawa ahli-ahli merupakan komponen utama dalam berkoperasi.