Alhamdulillah KOPERASI PENGERANG KOTA TINGGI BERHAD telah berjaya ditubuhkan pada 19 Mac 2012 di bawah Akta Koperasi 1993. Bertujuan untuk menjadikan Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad sebagai wadah simpanan dan pelaburan penduduk Pengerang. Penubuhan Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad ini adalah untuk memberi peluang secara adil kepada warga semua penduduk Pengerang untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat didalam projek RAPID Petronas. Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad juga merupakan suatu wawasan yang prihatin untuk kemajuan warga penduduk Pengerang.
Laman web Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad telah selamat dilancarkan untuk tatapan anggota dan umum. Saya berharap tuan/puan berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan berada pada peliharaan Allah. Sebagaimana yang tuan/puan maklum bahawa teras perniagaan Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad adalah perindustrian, industri kampung dan pertanian.Pengurusan, Anggota Lembaga dan Kakitangan Koperasi telah merangka beberapa strategi pelan bagi mengimbangi dan meyusun atur arah tuju daya koperasi ini.
Saya selaku Pengerusi Koperasi amat yakin terhadap potensi perkembangan dan kemajuan yang boleh dan lebih banyak akan dicapai oleh Koperasi dengan syarat nilai urus tadbir yang cekap, amanah, telus dan professional akan mampu membawa Koperasi ke mercu kejayaan yang mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kami juga mengharapkan lontaran idea daripada setiap anggota dengan sikap berlapang dada terhadap sebarang cadangan yang rasional dan praktikal untuk kami adun bagi membina Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhadyang lebih gemilang.
Marilah sama-sama kita berganding bahu, bertolong-tolongan, tegur-menegur dengan membuang jauh semua perasaan emosi, amarah dan sikap negatif yang lain dalam upaya kita membina jihad ekonomi yang orbitnya adalah Islam, iman dan taqwa menuju sebuah perniagaan yang mendapat keberkatan, rahmat dan redha Allah.
Hj Tahir Bin Aris
Pengerusi